Thursday, 15 January 2015

Misi Kemanusiaan - Back to School Part 2

Hujan semalaman membawa kepagi merisaukan kami semua.. Hujan lebat dan kadang2 berserta angin...
 
Esoknya pepagi dapat makan nasi kerabu home made hehe by Mak Hanim.. sebab misi ini bukanlah bersenang lenang jadinya menumpang kasih pada yang sudi giteww..

Sebelum memulakan perjalanan, atas inisiatif Abg Shamsul, beliau order dalam 3 kilo tepung yang dijadikan roti utk bekalan anak2 nanti sementera menunggu. Sedap roti2 home made ni..

roti inti kacang

inti kelapa

kismis

Dalam pukul 9.30am, kami semua menuju ke Kampung Chat di daerah Pasir Mas.. Memang penuh dugaan dan cabaran utk sampai kesana kerana kenderaan kami ini terhenti beberapa kali haha nasib tidak kena tolak beramai2.. :-)..

tgk steering pun cukup menggambarkan keretanya hehe

melalui tanah runtuh


Sampai lebih kurang pukul 11am dalam hujan yang agak lebat dan kami terus berikan dahulu roti utk diagihkan2 kepada anak2 bersama mineral water. Ini sahaja yang mampu kami sediakan.



sayu hati tengok bebudak ni dalam hujan2 berebutkan roti.. aduhaiii




Selepas selesai makan roti barulah kami mulakan tugas utk memberi baju sekolah dan juga peralatan sekolah yang telah didermakan oleh orang ramai..




All in hari kedua ni terasa amat berbaloi walaupun ada here and there budak yang tak dapat mcm kaki tak muat and baju tak ada size all in out of 10 seorang jer yg mcm tu.. JIka boleh memanglah sasaran kami ingin memberi kepada semua tetapi apakan daya, ini sahaja yang sekadar kami mampu bawa bersama utk mereka.. *sobs2*

Alhamdulillah...

Selepas selesai beri segala peralatan sekolah, kami bertolak utk memberi baki alat tulis utk kanak2 yang kami jumpa sepanjang jalan ke Salor, Kampung Betong juga di Pasir Mas lama..

jalan yang semasa datang runtuh sebelah kini tidak boleh dilalui utk balik


betapa girangnya kanak2 ini mendapat alat tulis..

persekitaran kampung betong


tidak terungkap kata2..

bagaimana mereka memulakan hidup????




Misi ini memang memberi seribu makna kepada saya, insyaAllah saya sambung ke bahagian akhir ya..

Mata masuk habuk kembali lihat gambar2 ini..

mamabeauty

4 comments:

  1. Ya Allah seronok membaca ramai yang sudi membantu.. pelbagai cara.. moga Allah permudahkan usaha2 insan berhati mulia ini..
    semoga insan yang kena musibah ini juga dikuatkan semangatnya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dear.. saya diberi peluang utk sampai dan saksikan sendiri

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..misi terbaik..
    semoga mereka semua terus bangkit..

    ReplyDelete
  4. insyaAllah semoga semua yang terlibat dapat teruskan kehidupan.. ada hikmahnya

    ReplyDelete