Thursday, 29 January 2015

Cerita Saya - Kehidupan Seorang Slip Disc - Kerjaya

Kerjaya didalam bidang Kesetiausahaan adalah amat memerlukan profesionalisma yang tinggi.. Remember my entry tentang "Devils Wear Prada".. aa gitulah kaedahnya.. tidak boleh campur adukkan kerjaya dengan apa jua masalah yang melanda waima sakit, demam, dah patah riuk semua itu sila telan..

Senantiasa bersedia, walau ribut dan badai melanda saya akan tetap TERSENYUM DAN BERSEDIA

selalu senyum dan bersedia

Mungkin pada sesetengah orang alah apalah sangat jadi seorang PA pada sebuah company yang kecil. Tetapi adakah mereka tahu segala isi rumah dari tukang kebun sehinggalah driver, segala event dan renew keta pun sayalah orangnya yang akan menguruskannya.

Yang lebih orang tidak tahu ialah tatacara pemakaian seorang setiausaha ataupun PA yang beretika..

penampilan yang menarik
tiada istilah Flat shoes ya.. ini adalah salah satu daripada etika utk menjadi seorang setiausaha yang berjaya bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga keyakinan diri.

Dan yang lebih lagi orang tidak tahu kerjaya saya juga memerlukan tuntutan masa yang tidak menentu walaupun memakai heels.


walau apa jua task masih menten heels
Ohh kerjaya ini juga memungkinkan untuk outstation ya ataupun kerap kali kena menghadiri mesyuarat mewakili syarikat ataupun my own Boss.

Bidang ini juga membuka langkah saya untuk bukan sahaja terhad terhadap My own Boss tetapi juga mengenali lebih ramai orang.

Alhamdulillah saya masih lagi bersama syarikat ini dari tahun 2002 .. insyaAllah akan terus bersama.

Nanti di bahagian 2 saya ceritakan apakah cabarannya bila saya terkena slip disc dan amatlah tidak selesa untuk duduk lama, berkasut tinggi dan juga outstation.


Mamabeauty



2 comments:

  1. owh.. akak ada masalah slip disc ye...

    kerjaya sbg PA mesti sntiasa mjaga pnanmpilan diri kan..

    ReplyDelete
  2. aah memang all these while ada slip disc liya..

    semestinya kot kena tampil menarik hehe

    ReplyDelete